.

.

F.A.Q Tentang Gendang Silat

1. Apakah KGGS kumpulan ghazal, maulud, cak lempong, gamelan, latin, gambus, rodat, nobat, nafiri atau kompang?
Bukan, KGGS kumpulan gendang silat aliran utara yang memainkan irama lagu silat, lagu rakyat dan selingan berasaskan gendang dan serunai.

2. Adakah KGGS mempunyai penyanyi?
Tiada, KGGS adalah kumpulan instrumental, serunai bertindak sebagai melodi utama yang memainkan lagu-lagu.

3. Apakah irama yang dimainkan oleh KGGS?
KGGS memainkan lagu silat, tradisional, lagu-lagu rakyat, lagu klasik, kontemporari dan lain-lain irama yang bersesuaian dengan irama gendang dan serunai.

4. Adakah KGGS menerima jemputan di hotel?
Ya, KGGS menerima jemputan bermain di hotel dan telah banyak kali bermain di hotel.

5. Adakah KGGS menyediakan pasukan silat?
Tidak, kami tidak menyediakan pasukan / orang silat / silat pengantin / silat sembah.

6. Adakah KGGS boleh main berarak seperti kompang?
Ya, boleh.

7. Adakah KGGS menerima undangan untuk mengendalikan bengkel, kursus, seminar, ceramah atau penerangan tentang/berkaitan gendang silat?
Ya,  kami menerima undangan sedemikian, bergantung pada kesesuaian tarikh dan waktu ahli KGGS. Sebelum ini juga pernah menjadi fasilitator jemputan di beberapa kursus anjuran KPM, Jabatan Pendidikan WP KL, GPMS, pihak swasta dan beberapa kursus dan bengkel.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP