.

.

Saturday, 8 April 2017

Tetuang

Salam hormat.

Tetuang @ Bergoh

 

Agak sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog kerana kesuntukan masa. Pagi ini, ada sedikit masa. Dan saya ingin bercakap fasal tetuang Melayu. Sekali periksa, memang agak sukar mendapatkan maklumat tentang penggunaan tetuang di internet. Sumber dan fungsi penggunaannya amat terhad dan kurang penjelasan yang kuat. Namun dapat disimpulkan alat tiupan ini ada disebutkan penggunaannya di negeri :

1. Perak
2. Pahang
3. Kelantan
4. Johor 

Negeri lain masih belum kedapatan tanda-tanda ia digunakan atau mungkin saya belum berjumpa lagi. Apapun, tulisan ini hanya sekadarnya sahaja buat maklumat pembaca yang terdampar di blog ini. Antara fungsi yang dinyatakan adalah untuk berkomunikasi :

1) Perang
2) Kematian
3) Pemberitahuan
4) Perayaan 
5) Berarak

Biasanya di sini, ia diperbuat dari tanduk jantan :

1) Kerbau (yang paling popular)
2) Lembu yang besar - jarang dijumpai
3) Kambing gurun - amat sukar ditemui

Tetuang hanya sesuai diperbuat dari tanduk yang jantan sahaja kerana sebahagian besar darinya adalah kosong, dan tumpat @ ada isi @ padat di bahagian hujung sahaja, bergantung pada saiz tanduk.

Dalam rakan busana Melayu, ia dipopularkan semula oleh rakan-rakan dari Pahang dan akhirnya merebak merata. Hal ini amat penting bagi meneruskan kesinambungan warisan tradisi Melayu yang satu ini. Kini, kelihatan ia banyak digunakan dalam majlis-majlis yang melibatkan kesenian Melayu atau perhimpunan rakan-rakan busana. Moga ia terus lestari di bumi tercinta walau apapun jua rintangan dan cabaran yang mendatang. Amin.



* Ada sedikit maklumat tentang perkataan lain bagi tetuang, yakni Bergoh disebutkan oleh salah seorang guru saya, ada digunakan di Perak suatu ketika dahulu. Paling menarik adalah di Aceh juga ada alat yang sama dipanggil Beregoh. Bezanya cuma pada ejaannya sahaja. Ini mungkin faktor pensejarahan lama dahulu sewaktu bumi nusantara tiada bersempadan, maka terjadinya amalgamasi seni dan budaya. 

* Kepada yang mempunyai tanduk kerbau jantan (sahaja) untuk dibuat tetuang, hubungi 019-2414928 (Kairul) untuk diikhtiarkan dan urusan selanjutnya, terima kasih. 





* Kepada mereka yang mahu menjual tanduk kerbau jantan, sila hubungi 019-2414928 (Khairul), membeli sepucuk tanduk dengan harga RM 25 - 30 sahaja (mengikut saiz).

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP