.

.

Saturday, 15 April 2017

Novel Rockers!

Saya sudah lama tak menulis novel. Terkahir karya saya, Mantera Hitam 2 (Raungan Mantera) lahir pada tahun 20011, selepas itu tiada lagi. Terlalu sibuk dengan aktiviti yang berkaitan seni budaya dan juga hambatan masa yang tiada berkesudahannya. Dalam pada itu, hati membara mahu menghasilkan novel, kerana itulah jiwa saya - seorang penulis. 


Justeru, untuk tahun 2017 ini hanya novel Rockers sahaja yang mampu dihasilkan, sebagai permulaan untuk menulis semula serta mengjadi pemangkin kepada diri sendiri untuk terus berkarya, Insya-Allah. Kepada yang berkelapangan nanti bolehlah berjumpa dengan saya di Pesta Buku Antarabangsa pada penghujung bulan Mei ini.

6 hb Mei - jam 3 petang
7 hb Mei - jam 11 pagi

Untuk tujuan pelancaran dan promosi novel ini. Memang letih dalam menghasilkan novel ini, kerana masa yang terkejar-kejar. Dek kerana sokongan dari penerbit Tebuone Press, saya kuatkan hati untuk menyiapkan karya ini. Alhamdulillah, izin Allah berjaya disiapkan sempena pesta buku tersebut. Moga selepas ini dengan doa kalian saya bisa menghasilkan lagi karya yang seterusnya yang sudah separuh masak dan tersimpan lama dalam laptop. 

Namun, untuk pengetahuan semua, novel Rockers ini tidaklah saya tulis dalam keadaan biasa, maksud saya dalam langgam bahasa yang pernah saya tuliskan sebelum ini dalam karya lain. Bahasanya amat santai serta mungkin beberapa slanga dimasukkan untuk menghidupkan suasana penceritaan. Dan tentunya novel ini adalah antara naskhah yang saya rakamkan perjalanan hidup saya dan rakan-rakan sewaktu zaman rock kapak tengah meletop. Mungkin ada antara pembaca yang melalui zaman itu, dapatkanlah novel ini. Pastinya mengimbau kenangan lama. 

Akhir kalam, selamat membaca dan jumpa kalian di pesta buku kelak, amin.




0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP