.

.

Saturday, 31 December 2016

Tahun Baru 2017


SELAMAT TAHUN BARU 


- Terima kasih diucapkan kepada rakan, sahabat serta tuan-tuan yang sudi menjemput kami memeriahkan pelbagai majlis. Perasaan terima kasih tidak terhingga sekali lagi kerana sudi menghidupkan semula salah satu permainan tradisi Melayu, yakni bergendang. Harapan saya agar semua berpuashati dengan persembahan yang dihidangkan. 

- Tentu sekali, tahun 2017 saya berdoa agar Gentala Sari akan terus mengorak langkah dan dapat memartabatkan seni bergendang aliran utara di persada tanah air. Harapan saya, semoga tahun ini Gentala Sari mendapat sambutan yang lebih meriah dari tahun 2016. 

- Andai ada salah silap dan kekurangan sepanjang persembahan, ampun maaf jua kami pinta. Sekali lagi, sebagai wakil Gentala Sari, kami mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Mudah-mudahan bintang Gentala Sari akan terus bersinar lebih terang. Amin.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP