.

.

Monday, 14 November 2016

Bengkel Penulisan Novel oleh Serunai Faqir 2016

Masa sy belajar menulis dahulu bukanlah mudah. Setakat kena balun, kena cekau, kena sindir itu mainan. Sakit hati juga, tapi sy berdegil juga. Dan hasilnya memang memuaskan. Jadi kpd sesiapa yg berangan nk nulis novel, gua blh buat bgkl tapi kena hentak kena libas jgn marah. Kalau tak blh tahan maki, jgn join. Pm aku wey...rm 100 ...takat ni br ada seorg yg gagap2 nk join ha3 wasap aku 0192414928 kalau anda berani mati. Blh kita set tarikh. Sekali lg aku ulang, Kalau tak tahan maki hamun jgn join ok, buat semak je nnt merajuk kena marah. Bgkl ni akan diteruskan bimbingan melalui wasap sampai korg berjaya hasilkan novel dan terbit k. 

oh ya, guru sy yg garang lg tak disukai ramai manusia itu adalah ibu guru Zaharah Nawawi. Tapi garang dia buat aku berada di tahap ini. Tahap ambil hadiah sastera pd malam yg sama. Mcmna guru, mcm tu jugalah murid. Jadi jgn salahkan aku, aku dah btau awal2 ni...hat ni aku bimbing sampai jadi insyallah. Aku tak kira tua muda aku layan semacam je..kau join, kau tanggung. Dlm bahasa law aku cuma invitation to treat (pelawa), kau org yg join tu offer diri, bkn aku yg offer, dan acceptance maknanya aku terima. Jadi kalau kau nk terminate masa tgh bimbingan bkn masalah aku dan aku tak rugi apa2. Yg lembap2 mcm guni basah mmg aku kitai cukup2..

Hasil KEGARANGAN guru penulisan sy, ibu guru Zaharah Nawawi. Terima kasih ibu guru walau di mana jua berada, moga sihat selalu, amin. Jasamu kukenang ke akhir hayat.

Karya terbit:

1) Lagukan Senandung Itu (DBP) 2007, novel
2) Kumpulan Cerpen ‘Mencari Gayung’ (DBP) 2009,
3) Dewangga Sakti I (PTS), 2007, novel
4) Mantera Hitam (Alaf21), 2009, novel
5) Raungan Mantera (@Mantera Hitam 2), Alaf21, 2011, novel
6) Antara Katana & Sundang (ITBM, 2015), Kumpulan cerpen
7) Rockers - Akan dtg 2017, novel
8) Mantera Hitam 3 - Akan dtg 2017, novel


Hadiah Sastera :
Hadiah Sastera Cerpen Berunsur Islam DBP 2005,
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006, 2007, 2008, 2009, 2010
Hadiah Sastera Darul Ta’azim (HSDT) 2007, 2009 & 2011
Hadiah Cerpen Putrajaya Tempat Kedua (Sempena Bulan Kebangsaan Peringkat Putrajaya) 2011

Anugerah :
Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 2011 (HSDT)
Hadiah Kumpulan Cerpen Terbaik (HSDT) 2011

Tarikh belum ditetapkan, sila wasap 0192414928 dulu utk dimasukkan dalam grup dan bincang tarikh yg semua sesuai dan boleh hadir.  Sila maklumkan nama dan tujuan wasap itu. Mungkin akan diadakan hujung tahun ini.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP