.

.

Sunday, 17 April 2016

Buah Mengkudu

Herba 2 - Buah Mengkudu

 Pokok Mengkudu. Ada 3 pohon di bawah. Pokok pertama dikawal rapi oleh tentera kerengga, jenuh keno ketip. Yg dua lagi ok. Buahnya blh makan ke? Katanya juga blh buat cuci keris.

Read more...

Songket Dijual

 Songket tenun tangan India
RM 850 Siap pos, sementara stok adà
2.5 meter

 Hijau - RM 120 sehelai, Siap pos, 2 m
Hitam n Merah -rm 110 sehelai, Siap pos, 2 m
Hitam silver @ gold, RM 80 sehelai Siap pos.
sementara stok adà
 


Songket Bunga Tabur (Hitam benang emas)
 Sehelai RM 110 siap pos
2 meter
sementara stok adà


Songket belang2
RM 100 sehelai Siap pos.
2 meter
sementara stok adà

Read more...

Saturday, 16 April 2016

The Jungle Book

Saya berkira, ini mungkin adalah satu filem yang bolehlah dikatakan sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga. Tambahan pula watak utama adalah kanak-kanak, sedikit sebanyak mungkin ia dapat menpengaruhi mereka yang hampir atau sebaya. Bagi orang dewasa (bagi saya), ia juga adalah filem menarik barangkali. Tetapi apabila menontonnya, saya dapat merasakan dunia haiwan yang hidup di dalam alam manusia, saling tak tumpah. Perebutan kuasa, tamak, menpergunakan orang lain untuk tujuan sendiri. Namun, ia bolehlah dikatakan filem yang menghiburkan di samping memaparkan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dan setiakawan yang berpanjangan. 


Disebalik kisah ini, saya dapati apabila menonton pembuatannya, barulah saya merasakan ada yang kurang, iyalah manakan sama manusia, haiwan dan yang digunakan melalui teknik CGI. Dan agak mustahil untuk mewujudkan realiti tanpa CGI pada masakini di dalam filem. Sepertinya Avatar yang mengambil masa barulah dapat dinyatakan dalam bentuk visual yang sangat menarik. Apapun, filem ini menarik, walaupun bg orang dewasa yang berfikiran tinggi ketika memasuki panggung akan merasa sedikit bosan kerana watak utamanya adalah budak kecil dan haiwan-haiwan yang boleh berkata-kata.

Moral - boleh layan dengan famili. :)

Read more...

Dukung Anak

Herba 3 - Dukung Anak

Ni pokok yg popular. Dukung anak namanya. Tumbuh merata2 tepi Rumah, celah dinding, dlm longkang dll. Juga ada di sekitar kawasan rumah. Blh tahan byk Juga khasiatnya. Ada buah2 kecil bwh daunnya.


Read more...

Ara Songsang @ Rumput Israil

Herba 2 - Ara Songsoang
Ara Songsang @ Asystasia gangetica @ Rumput Israel
- maklumat dri Sdr Encik Hilal
Boleh tahan juga banyak khasiatnya, juga boleh dibuat sayur. Menurut seorang rakan saya, ada juga mereka yang menjualnya di pasar malam. Antara yang banyak tumbuh melata di kawasan persekitaran yang kita tinggal. Cuba perhati tengokkan pokok ini.
 
terima kasih.

Read more...

Sunday, 3 April 2016

Gods Of Egypt


Best ke cerita ni? Bolehlah kot? Mengisahkan seputar kehidupan Mesir Purba suatu ketika dahulu yang manusia kononnya diperintah oleh golongan Dewa Menarik walaupun bagi saya, dikatakan hampir 80% diwarnai oleh teknologi CGI. Kalau tak, tak best pula, kan? Hehe

Baik, apa yang menarik tentang filem ini bagi saya adalah ia seolah memutar (mutarbelitkan?) sejarah silam yang tak terbongkar, mungkin ia adalah anganan penulis skrip atau pereka kisah ini, tapi tiada siapapun sebenarnya tahu kehidupan ketika itu, kecuali hanya berdasarkan relik2 yang ditemui dan pelbagai jenis tulisan di dinding yang tidaklah dapat diterjemahkan sepenuhnya.

Meskipun begitu, saya enjoy menonton filem ini. Selamat melayan.

Read more...

Sirih Cina @ Ketumpang Air

Herba 1 (Siri herba sekeliling rumah kita, jarak 100 m)

Kali ini nak kumpulkan herba-hreba renek (kebanyakannya) tumbuh di sekeliling (lebih kurang 100 m jaraknya) di rumah kita. Manalah tau satu hari nanti akan menjadi manfaat kepada kita semua, amin. Yang ini saya ambil kawasan longkang berhampiran rumah saya. Cuba cek di kawasan rumah anda ada tak pokok ini. Kalau google memang banyak khasiat yang adapada pokok kecil ini, malah ada gambar saya lihat dibuat sayur/ulam, wah boleh cuba!


Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP