.

.

Tuesday, 15 March 2016

Intro : Pesona Rock Kapak : Bermulanya Sebuah Perjalanan Mat Metal

Salam hormat.

Baru teringat-ingat ingin menulis entri yang pertama tentang dunia rock dan metal yang saya minati sejak berumur 10-12 tahun dahulu, namun pemergian allahyarham Man Dayak (kumpulan Lefthanded) menarik tangan saya untuk mencoretnya. Al-Fatehah buat allahyarham Man Dayak.


Sumber gambar : Man Keedal Official

Kalau di Malaysia, tak tau nama Man Dayak, maka dia tak kenal Lefthanded. Kalau dia tak Lefthanded, maka dia tidak lahir dalam 70-an dan tidak menempuh alam rock n metal yang mencanak naik sewaktu era 80-an. Ya, Man Dayak, drummer kumpulan Lefthanded yang menjadi sebutan sewaktu kemunculan zaman Battle Of The Band. Lagu yang mantap disulam dengan ketukan yang menarik, kami semua generasi 70-80 an semua mengenali satu per satu anggota kumpulan yang muncul ketika itu.

Namun sebelum kemunculan era rock di persada seni tanah air, kebanyakan kumpulan bermain dan dikenali di majlis yang dikenali sebagai Fun Fair dan kenduri kahwin. Banyak kumpulan yang terkenal ketika itu muncul di bawah dua payung itu, termasuklah Lefthanded. Sebelum itu, saya mengenali (bukan kenal macam memberlah), kira macam taulah grup tu sebagai Step Closer, di Muar. Selalu sangat main di rumah orang kahwin sekitar Muar. Sayang, masa itu saya masih kecil tapi saya masih ingat semuanya. Berduyun-duyun mat rock sampai dari entah ceruk mana untuk menyaksikan persembahan mereka. Hahaha ... kenangan beb... Zaman itu saya di Parit Jawa ...



Kemudian mereka menari-nari tak memasal, headbanginglah dan lain-lain. Saya tak menari sebab masih kecil, pergi tengok pun dengan kawan-kawan naik basikal 'prewel mati' (takda brek, dan basikalnya walau tak kayuh masih boleh berjalan, brek guna kaki saja). 

Jadi, banyaklah yang berangan di antara kami yang nak jadi artis rock, beli dan belajar main gitar kapok. Rambut panjang sana-sini, seluar kecil ketat (saya panggil seluar pensil). Kalau nak terberak menggelupur nak tanggalnya sebab ketat sangat, ngam2 kaki je ... hihihi Termasuklah saya, mula menyimpan angan nak bela rambut panjang, seluar habis alter bagi kecil dan sempit - baru rock katanya ... 

Kumpulan luar yang saya dengar ketika itu Scorpions - wah melentok-lentok lagu, kita pun dibuai-buai. Kalau lagu rancaknya bukan main lagi, bergoyang menggayakan aksi pemain gitar walhal haram tak reti apapun. Namun perubahan demi perubahan berlaku apabila meningkat umur. Bila mula bercampur dengan rakan-rakan yang lebih dewasa dan dari asrama, semuanya berubah dan berlaku pertambahan maklumat tentang dunia rock dan metal. Nanti cerita lagi ok ...


Debunga Wangi - antara lagu top kumpulan Lefthanded

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP