.

.

Monday, 28 March 2016

Logo Kumpulan Gendang Gentala Sari



Logo untuk kumpulan gendang kami, direka oleh Sdr Faisal Langsay. Terima kasih dan tahniah kerana logonya terpilih untuk digunapakai oleh kumpulan kami.

Read more...

Ziarah Rakan


Sabtu minggu lepas, kami menerima kunjungan rakan-rakan dari Perak dan Singapura untuk bersilaturrahim. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi mengunjungi kami sambil bertukar-tukar pandangan.

Read more...

Wednesday, 23 March 2016

Gendang Keling/Kling

Perkataan Gendang Keling dalam kamus online DBP.



 Sumber foto : sini

PERMAINAN ‘Gendang Keling’ ini merupakan satu lagi permainan gendang tradisi orang Melayu yang pebih popular di Kedah. Banyak versi dan teori yang menyebutkan tentang asal-usul permainan gendang ini.

i) Teori yang selalu diutarakan adalah asimilasi masyarakat India dan Melayu ketika itu, dan ianya sudah berlaku beratus-ratus tahun sekiranya teori ini benar.

ii) Dalam Ensiklopedia Dunia Melayu pula mengatakan bahawa perkataan ‘Keling’ di situ merujuk kepada perkataan ‘keliling’, dimana ketika dahulu apabila raja atau pembesar, atau majlis perkahwinan, khatan dsb; maka mereka diarak keliling kampung.


iii) Menurut guru saya pula, ia sememangnya permainan orang Melayu, disebabkan apabila gendang ini dimainkan, maka ramai kaum India berkumpul untuk melihat (mungkin disebabkan ada persamaan dari segi cara dan peralatan muzik tersebut. Paling hampir adalah kiranya kita melihat muzik Bhangra yang saling tidak tumpah peralatannya dengan gendang keling, cara permainan/lagu sahaja berbeza). Lama-lama masyarakat setempat merujuk kepada istilah ‘keling’ utk gendang tersebut.

Namun ada juga sebutan lain yang digunapakai iaitu ‘Gendang Peribumi’, tapi jarang diketahui oleh orang luar yang lebih mengenalinya dengan nama gendang keling.


Fungsi gendang ini adalah lebih kepada acara-acara yang bersifat rasmi kerana jika dilihat, terdapat persamaannya dengan Gendang Nobat, bezanya gendang nobat hanya menggunakan sebelah kayu, sedangkan gendang keling menggunakan rotan untuk muka kecil dan kayu untuk memukul muka besar.



As ‘Gendang Keling’ is another form of Malay traditional music that are rarely found in other state except in Kedah. Since now and then, few theories has been adapted to signify its existence since no documentation has been made before this.

i) The first theory referring to the assimilation between Malay and Indian society. It was long, long ago during the Sultanate period. (maybe 400 – 500 years ago).

ii) Others said that it derives from the word ‘Keliling’ (surrounding), during that period when Sultan or his man came to the village, Gendang Keling will be played as a sign of greeting. There you can see ‘Silat Pulut’ is being held by a couples.

iii) According to my Guru, many of the Indians who are attracted to the soung came over to watch, some how later on the term ‘Keling’ is used to refer the show or gendang.

Sumber : Kamus DBP Online
https://500px.com/p…/78172707/gendang-keling-by-asmady-ahmad
http://gemalakasturie.blogspot.my/…/berarak-dengan-gendang-…
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gendang-gendang&d=8

Read more...

Tuesday, 15 March 2016

Intro : Pesona Rock Kapak : Bermulanya Sebuah Perjalanan Mat Metal

Salam hormat.

Baru teringat-ingat ingin menulis entri yang pertama tentang dunia rock dan metal yang saya minati sejak berumur 10-12 tahun dahulu, namun pemergian allahyarham Man Dayak (kumpulan Lefthanded) menarik tangan saya untuk mencoretnya. Al-Fatehah buat allahyarham Man Dayak.


Sumber gambar : Man Keedal Official

Kalau di Malaysia, tak tau nama Man Dayak, maka dia tak kenal Lefthanded. Kalau dia tak Lefthanded, maka dia tidak lahir dalam 70-an dan tidak menempuh alam rock n metal yang mencanak naik sewaktu era 80-an. Ya, Man Dayak, drummer kumpulan Lefthanded yang menjadi sebutan sewaktu kemunculan zaman Battle Of The Band. Lagu yang mantap disulam dengan ketukan yang menarik, kami semua generasi 70-80 an semua mengenali satu per satu anggota kumpulan yang muncul ketika itu.

Namun sebelum kemunculan era rock di persada seni tanah air, kebanyakan kumpulan bermain dan dikenali di majlis yang dikenali sebagai Fun Fair dan kenduri kahwin. Banyak kumpulan yang terkenal ketika itu muncul di bawah dua payung itu, termasuklah Lefthanded. Sebelum itu, saya mengenali (bukan kenal macam memberlah), kira macam taulah grup tu sebagai Step Closer, di Muar. Selalu sangat main di rumah orang kahwin sekitar Muar. Sayang, masa itu saya masih kecil tapi saya masih ingat semuanya. Berduyun-duyun mat rock sampai dari entah ceruk mana untuk menyaksikan persembahan mereka. Hahaha ... kenangan beb... Zaman itu saya di Parit Jawa ...



Kemudian mereka menari-nari tak memasal, headbanginglah dan lain-lain. Saya tak menari sebab masih kecil, pergi tengok pun dengan kawan-kawan naik basikal 'prewel mati' (takda brek, dan basikalnya walau tak kayuh masih boleh berjalan, brek guna kaki saja). 

Jadi, banyaklah yang berangan di antara kami yang nak jadi artis rock, beli dan belajar main gitar kapok. Rambut panjang sana-sini, seluar kecil ketat (saya panggil seluar pensil). Kalau nak terberak menggelupur nak tanggalnya sebab ketat sangat, ngam2 kaki je ... hihihi Termasuklah saya, mula menyimpan angan nak bela rambut panjang, seluar habis alter bagi kecil dan sempit - baru rock katanya ... 

Kumpulan luar yang saya dengar ketika itu Scorpions - wah melentok-lentok lagu, kita pun dibuai-buai. Kalau lagu rancaknya bukan main lagi, bergoyang menggayakan aksi pemain gitar walhal haram tak reti apapun. Namun perubahan demi perubahan berlaku apabila meningkat umur. Bila mula bercampur dengan rakan-rakan yang lebih dewasa dan dari asrama, semuanya berubah dan berlaku pertambahan maklumat tentang dunia rock dan metal. Nanti cerita lagi ok ...


Debunga Wangi - antara lagu top kumpulan Lefthanded

Read more...

Undangan Bermain Serunai - Berarak Dan Mengiring

Di Dewan Jubli Perak, Kuantan 2015
Majlis Perkahwinan 

Read more...

Bermain Serunai


Undangan bermain serunai di majlis lawatan Dato Ali Rustam di Menara MPAJ,
mengiringi permainan silat PSGFM 
Sesekali jadi freelance juga untuk grup gendang yang lain.

Read more...

BoboiBoy The Movie

Pheww .. waktu cuti-cuti sekolah begini filem ini rilis. Memang terpaksa ke panggunglah jawabnya membawa anak-anak. Siri animasi popular di tv yang mendapat sambutan hangat, katanya 8 juta ke atas sudah kutipannya di seluruh panggung. 

Jalan cerita :

"BoBoiBoy menempuh satu pengembaraan teater dalam filem pertamanya, BoBoiBoy: The Movie. Filem ini membawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya ke suatu pengembaraan ke pulau yang penuh misteri yang menempatkan Sfera Kuasa kuno yang lebih tua dari Ochobot dengan pelbagai kuasa. BoBoiBoy akan berjumpa musuh terkuat beliau, seorang alien pemburu harta yang cuba mengeksploitasi kuasa dari Sfera Kuasa ini untuk kemahuan beliau yang tamak. Sekarang, ia merupakan perlumbaan antara BoBoiBoy dan alien-alien tersebut untuk mencapai Sfera Kuasa tersebut dan membuka kuasa baru. Alami tempat baru yang eksotik, penjahat yang belum pernah dilihat dan kuasa baru dari BoBoiBoy"
Sumber di sini

Tak boleh cakap apa dah, kanak-kanak memang suka tengok kartun macam ni. Siap berlari melompat bagai dalam panggung. Pihak panggung pun tahu perkara ini, lampu di tepi-tepi dinding tidak dipadamkan sepanjang tayangan filem ini berlangsung. Saya pula terkuap-kuap mengantuk, sesekali ketawa juga dengan telatah dan dialog lucu watak-wataknya terutama Papazola dan Gopal. 

Untuk budak-budak ya, ok. Untuk dewasa kalau mahu menonton filem ini kena layan sekali, kalau tidak mengantuk macam saya. Hahaha .... 

Moral - layan sajalah .... 

Rujukan :
http://boboiboymovie.com/
https://ms.wikipedia.org/wiki/BoBoiBoy:_The_Movie

Read more...

Sunday, 13 March 2016

Di Menara MPAJ


Ahadnya pula - 13 Mac, bergendang di Ampang. Sempena siri lawatan Dato Ali Rustam ke gelanggang2 silat. Walaupun agak lambat sampainya, tapi undangan rakan dari PSGFM, Sdr Shahriman, saya cuba memberikan persembahan yang terbaik. Di bawah selimut cahaya mentari yang panas dan menggigit, kami bermain lagu-lagu sementara ketibaan dato.

Tanpa air, tanpa kipas, alhamdulillah dapat juga menunaikan tanggungjawab yang diberikan. Walaupun tiada ucapan terima kasih buat kami, serta tiada gambar kami (ambil sendirilah jawabnya, hehehe...) dalam album mereka, saya dan rakan-rakan tetap senyum menjalankan tugas yang diberikan. Hanya orang bergendang sahaja tau perasaan kami. Namun kasih kepada permainan gendang silat takkan pudar dek kerana itu walau tak seglamer orang bersilat. hihihi



Begitupun ucapan terima kasih kerana menjemput saya untuk bermain serunai di majlis PSGFM.

Read more...

Bermain di Bandar Baru Bangi

Ada masa atau sesekali dapat juga panggilan minit terakhir mengundang kamu bermain gendang. Menggelabah juga dibuatnya, sebab ahli Gentala Sari kebanyakannya sudah ada program terutama menjelang cuti sekolah. Saya beritahu En Amir (yang mengundang & pengantin) saya tak berani berjanji kerana agak suntuk. Tapi saya cuba juga bertanya rakan-rakan dari kumpulan lain yang berkelapangan. Alhamdulillah, cukup2 sahaja korum kami - 4 orang. Kalau boleh kepada tuan-tuan yang ingin menjemput Gentala Sari bergendang janganlah agak lewat sangat .... huhu. Apapun terima kasih atas undangan En Amir, moga kekal bahagia sampai ke jannah. Amin.




Read more...

Friday, 11 March 2016

Filem : Garm Wars : The Last Druid


Resensi tanpa terma teknikal dan bahasa Filem, cuma dari sudut terdalam sahaja. -----------------------------------


Filem ini satu macam pelik. Sejak dari mula menontonnya saya ada kelainan rasa yang pernah saya alami sebelum ini, tapi saya gagal mengesannya. Setelah membaca di internet, barulah saya mengerti kenapa ia lain.

Filem bercorak 'Sains fiksyen animasi' ini rilisan 2014, emmm ... banyak yang terlepas pandang. Mungkin saya bukanlah penggemar tegar filem bergenre sebegini, namun sesekali seronok juga melayannya. Dari segi nama, apa yang dicari aneh, aneh bukan maksud hairan yang bagaimana. Dalam kotak fikiran saya, mengapa cerita barat ini ada sangkut menyangkut soal-soal ketuhanan, sedangkan amat jarang (atau saya yang jarang menontonnya) mengetengahkan soal ketuhanan dalam bentuk yang komplikated. Metafora dan entah apa-apa 'fora' terselit begitu banyak sekali. 

Bila melihat ia arahan siapa, baru saya mengerti. Anak kelahiran Jepun, Mamoru Oshii adalah pengarah filem ini. Baik, saya faham sudah mengapa falsafah yang sarat ditekankan dalam itu. Namun ada seperti bunyi-bunyi manusia (atau seperti filem2 barat yang pernah saya tonton) mempertikaikan Tuhan. Seolahnya manusia adalah bahan eksperimen atau boneka Tuhan di alam maya ini. Phew .... 

Jadi, ia bukanlah filem untuk mamat dan minah cengeng yang mengharapkan cinta terjun lombong, atau menari--nari sambil ada lagu yang tak memasal serta anganan merapu. Ia sebuah kisah yang serius, yang memerlukan kita untuk menumpukan seluruh zat budi akal dan hati untuk melihat lebih jauh ke dalamnya. Ia ibarat kopek durian, ada isi dalam tu. Boleh macam tu? Hehehe

Filem ini kisah yang simple tetapi berat. Teknik CGI + bersifat animasi amat pekat, membuatkan saya tertarik dan menontonnya sehingga habis. Moral? Kena tengok filem jenis ini serorang diri, baru boleh fokus. Huhuhu .... Di akhir filem ini baru faham siapa itu druid yang mempunyai kelebihan yang luar biasa. Yezzaaa ....

Rujukan :

https://en.wikipedia.org/wiki/Garm_Wars:_The_Last_Druid
https://en.wikipedia.org/wiki/Mamoru_Oshii

Read more...

Thursday, 10 March 2016

Filem : The Fault In Our Stars

Resensi tanpa terma teknikal dan bahasa Filem, cuma dari sudut terdalam sahaja.
------------------------------------------
  
Malam semalam saya tidur lambat kerana menunggu anak bongsu yang terjaga malam dan tak boleh tidur. Sambil-sambil menekan butang menu, mata saya tertancap pada tajuk filem ini. The Fault In Our Stars? Apa kejadah panjang sangat tajuk ni, tanya saya dalam hati. Ok, sekali tengok macam boleh layan. Baik, saya tunggu dan ya, akhirnya melekat. Mungkin suasana sudah 2.30 pagi, cerita sebegini lebih sesuai. 

Katanya ia filem bercorak Drama Romantik yang diangkat dari novel yang mempunyai judul yang sama. Tahun 2014 filem ini. Ok, ia seperti kisah-kisah cinta yang klise, tapi dipersembahkan dalam cara yang berbeza. Kisah dua orang remaja yang bertemu di dalam sesi group support, Hazel Grace, watak utama yang dilakonkan oleh Shailene Woodley begitu bersahaja dan bagi saya mungkin kurang berkesan walaupun saya dapat meresap kesakitannya, terutama sebagai ketua keluarga yang mempunyai anak yang ada sedikit masalah kesihatan. Ok, saya boleh layan nampak .... 

Sehinggalah tamat kisah ini, saya cuba melihat dari sudut yang berbeza - sebagai pesakit! Ya, apa yang kamu mahu bila sakit? Tak ada lain dalam dunia ini, melainkan sihat, tetapi apabila doktor Hazel Grace mengatakan bahawa dia tidak panjang, Hazel terdiam. Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang penulis yang diminatinya, kisah yang ada seperti dirinya ... Agustus Water? Watak teman lelakinya yang mempunyai karakter yang sangat kukuh dan kuat, ia terasa apabila menontonnya.Di akhir ia hampir membuatkan saya tenggelam dalam dunianya, walaupun bukan sepenuhnya, sebab saya rasakan watak Agustus lebih menonjol dari segi karisma watak berbanding dengan Hazel Grace. Emmm ... cuma pendapat saya sahaja.

Kanser ... itulah penyakit yang diperkatakan dalam filem ini. Satu segi, bagi saya, ia menggambarkan kegagalan perubatan dunia moden yang diagung-agungkan oleh manusia barat atau yang mungkin sahaja kita merasakan bahawa itu sahajalah harapan terbaik yang ada.

Moral 

1) Semangat - yang dipaparkan oleh Agustus bagi saya lebih mengujakan berbanding dengan Hazel Grace. Hazel Graze pun sayugia begitu, punya karater yang kuat walaupun saya tidak begitu terasa. Namun secara keseluruhan kedua watak utama ini berjaya menghidupkan watak masing2 sekaligus menyalurkan kekuatan mereka kepada yang menontonnya.

2) Mungkin dunia perubatan moden yang dimomokkan oleh dunia barat harus dipandang semula, dinilai dan mengambil pengertian bahawa ia bukanlah satu solusi yang kita tiada pilihan. Mungkin sudah sampai masanya kita memandang kembali pada dunia perubatan tradisional Melayu, kerana alam dan Melayu itu tidak terpisah sejak dari dahulu.

3) Apakah yang kita lakukan sekiranya kita tahu bahawa kita sudah tidak lama? 

4) Jangan tengok lambat sangat filem2 di tv, nanti esok mengantuk. Hihihi 


Keseluruhan saya bagi 7 dari 10 markah ... hehehe juri perasan sendiri. Wuallahua'lam. Filem ini saya tonton di Astro.  Filem ini filem box office tapi saya tak perasan pula ditayangkan di sini, terlepas pandang agaknya.


Sumber : 

https://en.wikipedia.org/wiki/The_Fault_in_Our_Stars_%28film%29
https://en.wikipedia.org/wiki/Shailene_Woodley
https://en.wikipedia.org/wiki/The_Fault_in_Our_Stars

Read more...

Tuesday, 8 March 2016

Latihan


Tak tentu. Tak tentu kadang ada masa berlatih ikut kelapangan ahli, tapi wajib kut mana pun mesti berlatih seminggu sekali. Sewaktu dengan Gemala Kasturi dahulu, itu adalah wajib. Hampir 10 tahun lamanya berlatih tanpa jemu di astaka, berhampiran Tasik Taman Titiwangsa berhadapan dengan stadium tertutup di situ. Tiada siapa peduli, dalam gelap itulah sinar bercahaya perlahan-lahan. 

Dengan Gentala Sari, saya menerapkan perkara tersebut. Sekali dalam seminggu mesti berlatih bersama. Tetapi kalau mahu mahir wajib berlatih sendiri tak kira sama ada serunai atau gendang. Hanya itu sahajalah jalan untuk menjadi mahir. Tambahan di KL, masing-masing dengan kesibukan kerja masing-masing, tak dapatlah nak adakan latihan selalu bersama. 

Moga-moga Gentala Sari terus bersinar di bumi KL, amin.

Read more...

Monday, 7 March 2016

Senarai Jurnal Blog Ini





Read more...

Sunday, 6 March 2016

Kembangan Dalam Tanjak

Sumber : Keriswarisan.com



Tanjak Takur tukang Besi juga adalah ibu pada silah-silah KEMBANGAN utama beberapa tanjak lain seperti dibawah

Takur Tukang Besi

- (kembangan 1 berubah menjadi) -


http://www.olliepopfingerboards.com/wp-content/uploads/2011/01/arrow-blue-rounded-down.jpg

Nakhoda Trong

- (kembangan 2 berubah menjadi) -

 http://www.olliepopfingerboards.com/wp-content/uploads/2011/01/arrow-blue-rounded-down.jpg

Mahkota Alam

- (kembangan 3 berubah menjadi) -


http://www.olliepopfingerboards.com/wp-content/uploads/2011/01/arrow-blue-rounded-down.jpg

Bugis Tak Balik

- (kembangan 4 berubah menjadi) -


http://www.olliepopfingerboards.com/wp-content/uploads/2011/01/arrow-blue-rounded-down.jpg

Cogan Daun Kopi (Pahang)

- (kembangan 5 berubah menjadi) -




  • secara tidak langsung melalui kembangan dan silah-silah ni kita dapat membongkar rahsia sejarah tersirat kerajaan Melayu.
  • Bagi pembuat Tanjak pula yang betul belajar secara tradisional mempunyai titisan terimba/silah-silah wajib tahu mengenai perkara ini. Jika tidak jelas mereka belajar secara moden dan tidak layak menjadi guru dan kemungkinan tanjak yang dibuat mereka adalah jenis rekaan baru dan bukan asal. Kesimpulannya sebagai contoh jika dia membuat Tanjak Bugis Tak Balik atau Cogan Daun Kopi tetapi tidak mampu membuat Tanjak Nakhoda Trong maka jelaslah pembuat tersebut menipu atau tidak sedar bahawa ilmunya sesuatu rekaan dan bukan asli

Read more...

Saturday, 5 March 2016

Latihan Gendang Silat


Nak melatih orang bermain gendang silat ini bukanlah mudah. Tambahan yang datang nak belajar itu orang-orang yang sudah berusia. Tapi dek cintakan warisan ini, saya teruskan juga. Bidang saya adalah serunai, gendang hanya mengambil asas-asas sahaja. 

Tapi pada tahun lepas 2015, saya diundang ke Keratong untuk mengajar. Hati memang berat kerana tahu di sebelah Pahang memang banyak orang yang pandai bergendang,; sedangkan saya gendang ini tidak berapa boleh sangat, bukan bidang saya. Tetapi balik dari sana, saya berfikir. Ah, amanah guru sudah sampai sekali lagi nampaknya. Dan setelah itu saya pulun pula bergendang, masih kaku dan tak berapa hidup lagi tangan, tapi pegangan saya - tiada yang mustahil kalau Allah berkehendak.

Yang penting istiqamah sahaja berlatih. Saya tawakkal sahaja, dan kini masih berlatih untuk diri sendiri. Insya-Allah perjuangan akan diteruskan walaupun Gemala Kasturi dulu tinggal hanya saya seorang. patah sayap, bertongkat paruh, saya teruskan insya-Allah. Moga dibukakan jalan berkat taufik hidayah demi kesinambungan warisan yang satu ini, amin.

Read more...

Petua Makan Cili - ubat batuk?

"Aku cili mulut kau!" 

"Kecil-kecil cili padi."

"Siapa makan cili, dialah terasa pedas."

Begitulah 'cili' diangkat dalam dunia Melayu. Pedas, lagi kecil lagi pedas. Sesetengah dari kita kalau makan tiada pedas memang tak sah. Jadi apakah dunia cili ini sekadar memedaskan telinga atau masakan kita sahaja?

Seperti yang saya katakan, saya hanya mengongsikan apa yang telah saya rasa dan eksperimen. Ada yang mengatakan ia adalah penawar pada penyakit bronkitis. Jadi suatu masa, saya tengah batuk kuat, dan memang tak tahan. Ubat batuk jenis cap ibu dan anak sahaja yg saya boleh telan, selain dari itu tak jalan. Suatu masa saya terbaca dalam akhbar tentang cili dan bronkitis ini. Jadi saya fikir kenapa saya tak cuba ... sebab berkaitan dengan tekak, begitulah fikir bodoh saya. Hahaha ... jadi petua ini jangan ditiru sangat. Sebenarnya bronkitis sakit lain pun sebenarnya. 



Memang, memang berapilah jawabnya makan cili (buat ulamlah, kalau tak nganga saja2 nak makan cili macam tu). Sekali, dua kali cuba, alhamdulillah, beransur pulih dan akhirnya lega batuk saya. Peh, ini adalah cara yang ekstrim yang pernah saya cuba dalam hidup berkaitan batuk ini. Ia berkesan untuk saya, untuk orang lain, wuallahua'lam.

Saya bila baca-baca, dalam cili itu ada kandungan yang dipanggil capsaicin.

"Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung di dalam cili dapat berfungsi sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah." 

Jadi, kalau berani cubalah petua ini, kalau tak jangan sebab ada masa saya sakit perut bila ke tandas bila hilang batuk ... hahaha. Kalau ada apa-apa kesan dari petua ini, terutama ke tandas pula, saya tak bertanggungjawab ....

Sumber :

http://www.khasiatherba.com/ubat/khasiat-cilicabai.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Cili
http://petuasejagat.blogspot.my/2011/06/7-khasiat-pokok-cili-padi.html

Read more...

Bergendang di Seksyen 20, Shah Alam, Selangor

Alhamdulilllah selesai sudah menunaikan tanggungjawab atas undangan tuan rumah di sana. Moga-moga pihak yang menjemput berpuashati atas persembahan yang dipamerkan. Dengan anggota baru Gentala Sari, moga dapat memenuhi undangan yang seterusnya, amin. 

Asalnya, tuan rumah minta untuk berarak pengantin sahaja, tetapi disebabkan saya sudah terbiasa dengan Gemala Kasturi dahulu, kot mana pun nak tutuh selagu dua juga. Kami pun main pada jam 1.30 tgh hinggalah jam 2 untuk mengiringi pengantin.

Sempat bertemu juga dengan pasangan pengantin yang pernah kami main dulu di Kelana Jaya. Alhamdulillah, dia masih ingat saya dan mengambil  no untuk dihubungi kemudian. Insya-Allah. Moga Gentala Sari terus melebarkan sayapnya di kota metropolitan, amin.

Beberapa gambar seputar majlis. 


Barisan penggendang Gentala Sari


Sedang beraksi

Read more...

Friday, 4 March 2016

Tanjak Melayu



Adakalanya kita terpaksa merantau jauh untuk mendapatkan ilmu. Suatu yang diamalkan oleh orang-orang dahulu, yang saya lihat anak-anak muda sekarang terlalu banyak alasan untuk melakukannya. Hatinya mahu, tetapi alasan tiada masa, tiada duit dan pelbagai lagi. Saya terdiam mendengarkan pelabgai alasan tersebut yang dilontarkan kepada saya. 

Pada hemat saya, ini menandakan belum cukup kuat untuk menggali dan mendapatkannya apatah lagi untuk menjadi legasi kepada warisan yang satu ini, terutama destar, tanjak dan tengkolok. Guru-gurunya bukan duduk di satu negeri, terpaksa mengembara dan merantau untuk mendapatkan ilmu.

Mungkin sebab sewaktu belajar gendang dahulu, saya biasa merantau, maka saya mohon kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk mengumpulkan ilmu tentang destar Melayu ini. Atas rasa kasih dan tak mahu lagi ianya hilang seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Ia bukan hilang, tetapi bagai permata tersembunyi yang perlu digali. Pun begitu, masih ada beberapa negeri lagi yang saya belum mendapatkan ilmu tanjaknya. 

Semoga cita-cita saya dimakbulkan Allah agar terpelihara lagi khazanah keilmuan Melayu yang satu ini. Sebabnya, di kala zaman terlampau moden ini, orang hanya berharapkan bengkel dan kursus diadakan barulah dia menyertai. Ia suatu perkara yang bagus untuk pengenalan, tetapi kenalah mengadap guru secara berhadapan. Tapi mengapalah, bahagian masing-masing agaknya.

Cuma kadang-kadang apabila orang bertanya bolehkah belajar tanjak, ada sesetengah caranya agak kurang beradab, maaflah kena cakap juga. Saya bukannya guru, hanya pelajar yang masih menuntut tetapi berhemahlah. Kalau kita mahukan 'barang' orang, kena pandai-pandailah. Janganlah sesekali menunjukkan sikap yang kurang sopan atau konon dirinya layak teramat untuk belajar. Sebab apa yang guru saya ajar, paling banyak markah adalah sikap 'sopan-santun.'

Itu tak termasuk lagi mereka yang belajar melalui gambar dari internet dan sebagainya. Hanya mahu meniru sahaja, tanpa mengambil kira perasaan orang yang ditirunya. Tapi itulah yang menyebabkan saya faham bahawa orang tua-tua dulu bukannya kedekut ilmu tetapi cara orang yang mahukan ilmunya tidak kena atau ada sesuatu yang dipertimbangkan tanpa diberitahu kepada yang bertanya tersebut. 

Memang manusia tidak sempurna. Jadi sebab itulah, kita belajar, cari guru dan hentikan memberikan alasan tiada masa atau tiada duit. Seperkara lagi, cukuplah mengatakan semua ilmu ini dari Allah sebagai alasan untuk bermalasan dalam mencari ilmu; sebab bukan sahaja ilmu, malah apa jua segala-galanya Allah punya. Jadi bergurulah, saya pula cakap begini, ilmu sihir pun orang pergi berguru, apatah lagi ilmu-ilmu yang baik, Insya-Allah. 

Dan perkara pelajar yang datang mahu membuat kajian, tesis, atau kertas kerja, dokumentasi dan sebagainya memang saya sudah malas. Hingga kini beberapa pelajr dari pelbagai IPTA datang mencari dan menemuramah, tidak seorang pun yang memberikan kertas kerja mereka sudah siap, sedangkan mereka sebelum itu berjanji mahu memberikan saya. Entahlah. Jadi kalau ada yang mahu menginterbiu, memang saya malas buat masa kini untuk melayannya.

Disamping itu, saya sedang mengumpul seberapa banyak maklumat dan ilmu tentang tanjak ini, masih lagi belajar. Insya-Allah. Tujuannya adalah untuk mendokumentasikannya untuk maslahah dan rujukan akan datang. Yang ada setakat ini hanya satu sahaja, diterbitkan oleh muzium negara.

Akhirnya, semoga artikel di dalam jurnal ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat untuk kita cerna dan mengambil manfaat. Andainya ada yang tersilap bahasa, terkasar perkataan dan tak kena di hati, saya mohon maaf awal-awal. Wuallahua'lam.

Read more...

Pelbagai Jenis Serunai


Antara jenis serunai di negara jiran kita, Indonesia (kawasan Mataram)
Sumber gambar : sini

Read more...

Thursday, 3 March 2016

Bahan-Bahan Masakan Di Dapur

Salam hormat.

Jurnal 1

Pertamanya, saya teringat pesan guru saya, bahawa perubatan orang Melayu ini kebanyakannya ada di dapur. Bila balik, saya terfikir apa benda itu? Jadi saya pergi ke dapur dan memerhatikan bahan-bahan di dapur. Saya dapati kebanyakannya adalah makanan kita seharian. 

- Asam jawa / asam keping
- Garam 
- Bawang putih/merah
- Halia / kunyit
- Serai
- Lada hitam
- Daun bawang dan lain-lain.

Cuba tuan/puan perhatikan sejenak. Ada tak bahan-bahan ini semua? Maksudnya makanan orang dulu-dulu dan juga kita, adalah juga ubat/penawar. Cuma kita tak perasan sahaja. Selain itu, ada seorang yang saya panggil Pak Mat, dia pesan begini :

"Cuba kau perhatikan di sekitar kawasan rumah kita, ada banyak pokok dan tumbuhan bernilai perubatan, cuma kita sahaja yang tak kenal."

 Sumber gambar : sini

 Jadi bab pertamanya yang saya ingin kongsi adalah garam. Masa saya kecil dulu, mak selalu buat nasi lemak untuk jualan. Tambahan kami bukanlah orang senang, jadi mak buat untuk menambah pendapatan. Jadi, di zaman itu, tak ada lagi mesin blender, jawabnya lada kering kena giling sendiri. Sayalah antara orang yang kena buat perkara itu. Giling lada kering, giling bawang.

Jadi, bila giling, kadang-kadang terlupa tangan itu pedas, lalu genyeh mata. Mulalah mata itu berair pijar. Aduhai, teringat petua cecah jari pada garam dan letak di lidah. Huhuhu ... alhamdulillah perlahan-lahan, pijar/pedih mata itu beransur pulih. Bukanlah sekali makan terus hilang. Juga dalam kes nak buat sambal belacan, kena bubuh lada, bawang dan sebagainya. Sekali merecik kat mata, memang wow! Cepat-cepat, cecahkan garam di lidah. Alhamdulillah. 

Bab tangan pijar dek lada masa menggiling tu, mak suruh lumur minyak dan kemudiannya basuh. Fuh, lega dan berkurangan rasa pijar tu beransur-ansur. Kalau tak, faham-faham sahajalah. Tapi zaman ini, semua pakai blender, mungkin kurang sikit pengalaman sebegini. Tapi manalah tau, kot-kot jadi, silakan mencuba petua ini. Begitulah petua orang tua-tua Melayu kita. Wuallahua'lam.

Read more...

Jurnal Herba : Teori & Praktikal

Entri kali ini saya hanya nak brkongsi tentang perubatan alternatif yang menjadi amalan orang-orang tua Melayu kita. Namun saya bukanlah pakar perubatan herba Melayu atau alternatif. Sila rujuk kepada yang lebih pakar.

Selain itu, saya berkongsi ini, bukanlah untuk mencari nama dan sebagainya, tapi ikhlas hanya untuk manfaat ramai. Tambahan pula, saya takut makan ubat-ubat hospital. 

Disebabkan banyak sangat blog dan laman web yang mengongsikan perubatan alternatif atau herba ini, jadi saya ambil keputusan untuk mengongsikannya di sini. Ini pun saya kongsikan mana yang saya sudah pernah mencubanya sendiri. Mana-mana yang saya tak pernah cuba, saya takkan kongsikan di sini. Disebabkan itu, kebanyakannya saya uji kepada diri sendiri atau keluarga.

Namun begitu, sayugia harus diingat bahawa kesan terhadap tubuh badan kita berbeza-beza, disebabkan banyak faktor yang tuan-tuan mungkin lebih arif daripada saya. Jadi, maksud saya, muungkin berkesan kepada saya, mungkin tidak berkesan kepada tubuh orang lain. Apapun semuanya atas izin Allah belaka. 

Dan apa yang saya kongsikan ini cumalah kecil sahaja, sebagai amal jariah saya kepada semua. Kalau berjaya, izin Allah belaka. Dan jika mau amal dan kongsikan bersama, silakan. Cuma kalau ada sudi, mohon dihadiahkan Al-Fatehah kepada kedua ibubapa saya, famili saya dan guru-guru saya.

Bab atau kes-kes yang melibatkan sihir, saka, alam ghaib dan sebagainya, kenalah cari yang pakar. Saya cuma bab perubatan/alternatif atau herba yang fizikal. Itupun tak pandai mana, cuma nak berkongsi sahaja. Bab-bab tak boleh nampak ini, tak pandai. Kalau ada salah silap, ada yang tak kena di hati, saya susun 10 jari mohon ampun dan maaf. Wuallahua'lam.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP