.

.

Tuesday, 16 February 2016

Menjadi Pengiring Majlis @ Escort Majlis


Idea asal ini kalau dilihat memang lama sudah dipraktikkan di zaman dahulu kala (nanti rajin saya cari faktanya). Kemudian kalau dilihat lewat zaman 70-90 an, biasanya pengiring majlis terdiri daripada orang-orang silat dengan pakaian serba hitam. Tetapi lewat 2008, apabila bermulanya zaman mengenakan semula pakaian Melayu yang pelbagai majlis, ia kembali mendapat sambutan dari banyak pihak. Tidak kira dari pihak pengantin, perasmian majlis dan sebagainya. 


Tujuan yang terkini, hanyalah untuk menghidupkan kembali suasana dahulu dengan pakaian yang pelbagai, tidaklah semata hitam. Sesuai dengan majlis, cara berpakaian adalah seperti dilihat dalam gambar, bertanjak, memakai keris dan sebagainya. Bukanlah seperti ada orang mengatakan 'macam pendekar sangat' tapi sekadar melestarikan pemakaian zaman dahulu, dengan diselitkan persembahan silat sebagai penyeri majlis. Sebagai anak muda zaman ini, iltizam untuk menghidupkan kembali perkara ini bermula di KL, kemudian barulah rancak di sana-sini sebagai satu keindahan berpakaian cara Melayu menyambut dan mengiring dalam majlis. Alhamdulillah. 


Justeru, ia adalah suatu yang positif dari segi kecenderungan anak-anak muda di kota KL ini dalam menghidupkan dan memulihara busana Melayu ini.  Kepada yang berminat, boleh menghubungi saya di talian 019-2414928 (Khairul) untuk tujuan ini. Di sini, disertakan beberapa keping foto seputar majlis yang kami ladeni bersama rakan-rakan lain.









0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP