.

.

Thursday, 11 February 2016

Info umum tentang destar Getam.

Salam Jumaat.
(ditulis pada 11 September 2015)

Info umum tentang destar Getam.

Menurut guru saya saya, Getam bermaksud penutup. Dalam kamus online DBP, perkataan ini tidak disenaraikan. Apapun maksudnya, pemakaiannya adalah tidak digalakkan menurut guru saya. Nisbahnya ia menutup sesuatu dan sebarang serta apa juaperkara yang berlaku dalam istana. Cuba perhatikan jenis-jenis getam ini yang ada :

1) Getam Budu (dalam buku tulisan Allahyarham Cik Wan Yahya, Destar Warisan Malaysia, disebut sebagai Ketam Budu, juga yang diketahui dan dikenali ramai). Ada beberapa rakan dari Kelantan pula menyebut Ketam Budor. (budor - difahamkan sebagai kasih dari dialek Kelantan lama, perkara ttg perkataan ini pula disahkan oleh salah seorang guru saya di Kelantan, jadi maksud keseluruhannya bila disebut Ketam Budor adalah Menuai Kasih.) Ada yang tak setuju dengan perkara ini. Apapun versi dan variasi tentang perkataan ini, sahnya ia adalah salah satu keindahan bangsa Melayu, juga digunapakai di istana Kelantan, juga pembesar dan rakyat jelata dalam bentuk yang sedikit berbeza bagi menyatakan perbezaan kedudukan untuk maksud tertentu.

Getam Budu di Pahang (Sumber : http://pancapersada.blogspot.my/2011_04_01_archive.html)
"Tanjak ini adalah pakaian untuk Orang-Orang Besar di Istana Pahang pada satu masa dahulu. Bentuk tanjak ini menutup seluruh bahagian kepala pemakainya yang membawa maksud “menyimpan segala rahsia Raja”. Warna hijau adalah warna yang dikhaskan untuk Dato’-Dato’ dan Orang-Orang Besar Bergelar."
Tapi tak silapnya, kelihatan di Pahang, dalam majlis yang melibatkan istana tiada lagi digunapakai.

Getam/Ketam Budu di Kedah?
Ikatan Anak Baik-baik

(Tengkolok ini boleh dipakai oleh rakyat biasa yang tidak berpangkat atau berjawatan tetapi berketurunan baik-baik). Tidak seperti ikatan-ikatan lain, tengkolok anak baik-baik diikat terus di atas kepala. Tapak atau asas kain tengkolok dilipat cuma satu pelit sebelum kedua-dua hujung kuasanya dilipat bertindih-tindih antara satu sama lain. Kemudian kedua-dua hujung kuasa ini dimatikan dalam simpulannya yang longgar. Bahagian tengah kain yang dilipat tadi diletakkan di beIakang kepaIa dan pucuknya ditarik ke hadapan menutupi keseluruhan bahagian kepala. Kedua-dua hujung tapak kain ditarik ke hadapan mengelilingi kepala di kedua-dua bahagian kanan dan kiri. Bahagian kiri dilipat masuk di celah lipatan atas telinga kanan dan hujung kanannya dibelit ke dahi di luar pelipis kiri dan diselit di belakang tengkolok. Tempat diselit itu bergantung kepada saiz kepala pemakainya. Dalam ikatan Anak Baik-baik ini, tidak ada simpul tengkolok dan tidak ada hujung kuasa. Ikatan ini biasanya disebut sebagai "Ketam Budu". (Sumber : http://www.mykedah2.com/10heritage/105_13_p3.htm)

2) Getam Lantong.

3) Getam Pekasam - diketahui dari bahan bacaan, digunapakai oleh orang besar berempat. (Sumber : http://destarwarisanmalaysia.blogspot.my/…/destar-perak-dar…)
"Di Negeri Perak, destar jenis ini dipakai oleh Orang Besar Empat dan pegawai-pegawai kanan istana. Juak-juak di Negeri Selangor dan Pahang juga memakai tengkolok jenis yang sama."

4) Getam Bertangkai
5) Getam Bertanduk@Tanduk
6) Getam Jantung
7) Getam Cina.

Pasukan Nobat Diraja

*** Tambahan - Getam Pekasam ketika ini di Perak ada juga digunapakai oleh pasukan Nobat. Di Selangor begitu juga dalam kajian dan pencarian saya. DI Kedah pula, disebut Getang (Adakah sebutannya disebabkan salah penulisan atau penutur itu pekat dgn dialek daerah atau pelat lidah, itu tak pasti).

Tak banyak maklumat yang diketahui tentang jenis2 getam yang lain. Namun yang pastinya adalah warisan Melayu yang harus dijaga dan dipelihara sebagai khazanah bangsa Melayu. Tapi apapun penggunaan tanjak adalah digalakkan berbanding dengan jenis getam ini, menurut guru saya lagi, terutama bagi orang kebanyakan. Sekiranya ada maklumat tambahan bolehlah ditambah jika ada sudi, andaikata pula ada kekurangan dalam maklumat ringkas ini, mohon ditegur juga. Wuallahua'lam.

p/s : Kepada sesiapa yang mau mengambil sebarang maklumat dari blog ini untuk tujuan kajian dan penulisan latihan ilmiah mereka, silalah menjadi sopan dan beradab, silalah minta kebenaran dari saya.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP