.

.

Friday, 5 February 2016

Destar Negeri Sembilan





Antara destar Negeri Sembilan yang biasa disebut orang adalah Solok Timbo, yang biasanya dipanggil oleh orang kebanyakan sebagai Tanjak Pengantin. Walhal ia adalah destar yang biasanya dipakai oleh Dato - Dato Beradat Negeri Sembilan untuk menghadiri majlis-majlis. Ataupun juga bagi mereka yang terlibat dalam majlis dan juga bagi mereka yang menerima/mengambil pingat di istana.

Bagi Dendam Tak Sudah (yang paling popular disebut oleh merata orang). Kalau menurut apa yang saya pelajari dari guru saya di Negeri Sembilan, ia lebih digunakan oleh Sultan yang memerintah, terutama warna kuning yang menjadi larangan kepada rakyat biasa utk memakainya. Pun begitu, kelihatannya ramai orang yang tak tahu akan perkara ini memakainya, termasuklah penari-penari kebudayaan yang tak ambil peduli langsung bab ini. Ini amat menyedihkan, kerana ketidakpedulian ini akan membawa kecelaruan kepada generasi akan datang. 

Tambahan pula tanjak jenis boleh laras (adjustable) yang langsung tidak menepati syarat-syarat pembuatan dan ciri-ciri yang sepatutnya. 

Bagi Kacang Dua Helai Daun pula ada disebut ... "Destar jenis ini pernah dipakai oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada awal tahun 1950-an. Ia diilhamkan daripada daun kacang yang subur." - rujukan Buku Destar Warisan Malaysia (ditulis semula dalam blog ini)

Sementara sejenis lagi yang dipanggil Sarang Kerengga pula ... "Destar ini agak berbeza dengan bentuk Dendam Tak Sudah. Destar unik yang amat menarik ini menggunakan lima lipatan yang disebut takuk dan daun lambaian kasihny tergantung seperti sarang kerengga di sebelah kanan pemakainya. Destar jenis ini pernah dipakai dalam majlis adat istiadat diraja oleh al-Marhum Tunku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1898-1933)"

Ada lagi beberapa jenis seperti Helang Menyambar, Dendam Berahi dan beberapa gambar lama yang dihantar kepada saya oleh rakan-rakan yang tidak diketahui akan nama dan pemakainya. Ia berbeza dari satu Luak Undang dengan yang lain. Bahkan cara memakainya juga ada yang berbeza dari apa yang saya pelajari, bergantung kepada guru. Juga dengan 'takuk' (tingkat atau lipatan pada tapak)berbeza-beza mengikut pangkat atau hirarki masing-masing. 

Apapun juga, hendaklah berguru sampai boleh, barulah taulah bagaimana susah-payah untuk membuatnya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk berjumpa guru juga memakan masa.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP